top of page
DSC00990.jpg

MINGGU YANG MENCABAR BAGI AKADEMI BOLA SEPAK JUBILO DI LIGA SUPARIMAU

MUHD SYAFIQ KUZAINI - 21/5/2024, 11:19 AM

Minggu yang sangat mencabar bagi Akademi Bola Speak Jubilo di Liga Suparimau Season B 2024 minggu ketiga.

Akademi Bola Sepak Jubilo mencatatkan keputusan minggu ketiga Liga Suparimau di masing-masing kategori umur dengan kemenangan, seri dan kekalahan.

Pasukan U16 Jubilo mencatatkan kemenangan pertama setelah menewaskan KKFC B 1-0 bagi perlawanan kedua Liga Suparimau dalam kategori umur U16.

“Mereka dapat kekalkan momentum selepas hanya mampu seri pada miggu lalu dan performance mereka bagus pada hari ini.” – Coach Alex

Pasukan Jubilo KK U14 telah mendapat mata pertama setelah mengikat Brulun FC dengan keputusan 1-1, manakala Jubilo Academy U14 mengalami kekalahan pertama dalam saingan Liga Suparimau setelah tewas 0-3 di tangan Kepayan City.

“Hari ini kita tewas di tangan Kepayan City 3-0 walaupun penguasaan bola milik kita. Kekalahan adalah perkara biasa dalam sukan bola speak. Dalam peringkat U14 yang masih dibawah akar umbi, kemenangan bukanlah tujuan utama, Menguasai asas bola speak dengan baik itu lebih penting. Itu kita sudah tunjukkan.” – Coach ASM.

Bagi pasukan U13 Jubilo, mereka meneruskan rentak kemenangan setelah menewaskan NBP FC B 5-0.

“Mereka sangat selesa dalam liga  buat masa ini sebab para pemain dlaam prestasi yg bagus” -  Coach Lex.

Pada Hari Sabtu yang lalu, Pasukan Jubilo U8 seri dengan pasukan lawan dengan skor 2-2, manakala Kedua-dua Pasukan Jubilo U10 mencatatkan kekalahan dengan lawan masing-masing.

“Setakat ini, cuma kemarin mereka terkejut sikit sebab team yang mereka lawan kemarin memberi saingan yang hebat, namun nasib tak menyebelahi mereka pada kali ini” – Coach Alex.

Semua Pasukan JUBILO pada minggu ini sedang mempersiapkan untuk perlawanan Liga Suparimau pada hujung minggu ini. – JUBILO FOOTBALL ACADEMY

bottom of page